SOP Diperketatkan Untuk Sarawak Selatan

Yes! Terkini.. baru dikeluarkan semalam.
Balik jer kami dari Aeon Mall semalam,
terus nampak SOP terkini ni di medsos
Al-maklum kes di Sarawak semalam pun mencecah 2K.
Dan di Kuching sahaja pun dah 1K lebih.

No dine-in dah okay!

Ahad dah tak dibenarkan dine-in.
Rupanya last la dapat dine-in semalam di Black Canyon.
Tapi di Aeon Mall memang tak ramai orang semalam.
Mungkin sebab masa kerja kot.
Saya dan Encik Suami sengaja ambik cuti nak shopping barang dapur.
Top up baju anak-anak jugak.
Reward untuk diorang behave semasa PdPR.
Takmo nanti nak ramai-ramai time weekend.


First time try mixed mushroom ni.. sedap!


Menu wajib PadKraPaw

Selalu nasi goreng nenas semalam try nasi goreng ikan masin

Lepas lunch sambung ke supermarket pulak.
#theIMANs mula-mula tinggal kat rumah.
Pastu nenek diorang pulak datang angkut bawak umah nenek.
Makin panjanglah langkah Ayah dan Ibu.
Hihihi!



 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kadangkala pening jugak dengan SOP ni. Sekejap bukak, sekejap tutup.

    ReplyDelete
  2. kl pula baru start dine in
    tp rasa baik mkn kat umah je
    anak2 muda la yg kebosanan tak sabar nk lepak kedai

    ReplyDelete
  3. Setiap negeri ada juga SOP yang berbeza mengikut fasa ke fasa . Kadang2 CCL sendiri pun confius

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar! Tak tahu nak kata apa dah. Sabah pun mencanak-canak naik setiap hari. Sekarang melebihi 2K!

    ReplyDelete
  5. huu risaunya kes naik..
    sy yg completed vaksin ni pon masih tkot nk dine in..

    ReplyDelete
  6. Kat selangor ni dah sekian lamanya x bole makan di kedai… sekarang ni dah bole tp yg dah dpt 2 dose sahaja. Kes tetap banyak, beribu2 lemon

    ReplyDelete
  7. Ada beberapa negeri lain pun makin meningkat kes baru. SOP kejap kejap bertukar ni jadi pening nak hadam. Sedapnya menu black canyon. tak pernah cuba lagi makan menu black canyon.

    ReplyDelete
  8. la..tak boleh dah dine in. takut juga kalau kuala lumpur nanti macam tu. huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form