Minggu Depan Cuti Sekolah Yahoooo!

Hari ni semangat nak pegi keja. Ye lah sebab hari ni hari Jumaat. Lepas tu hari ni last budak sekolah sebab minggu depan cuti sekolah. Yahooo! 


Budak darjah 1 ni hari ni hari terakhir minggu transisi. Hari ni ada closing dan dia cakap dia buat persembahan lagu 'Virus'. Takde pulak cikgu share videonya. Awan dan Alan Ayahnya yang jemput balik sekolah, so rutin sebelum dihantar ke rumah nenek, diorang akan call Ibu dulu. Hari ni cerita si Awan ni sangatlah suspen.


Awan: Ibu, Ibu, Ibu.. cikgu madah hari Isnin depan kamek sik payah pergi sekolah. Cikgu madah kamek cuti.
Ibu: Oh, ya kah cuti?
Awan: Aok. Hari selasa pun cuti, rabu pun cuti, khamis cuti jumaat pun cuti.
Ibu: Haih.. aoklah sebab minggu depan memang cuti sekolah.
Awan: Kenak cuti Ibu? Abang cuti sik? Alan? Kakak?
Ibu: Aoklah.. semua cuti. Dah cuti sekolah mesti semua cuti
Awan: Oh... kenak mesti ada cuti bu?
Ibu: Hmmm... tanyak Ayah.


Itu jer lah jawapan mengelat Ibu. Biar Ayah pulak menjawab soalan cepu emas.

Soalan Alan pulak lain.

Alan: Orang mati buat apa dalam kubur?

Hihihi. Buat apa ye? Budak 2 orang ni memang tak larat nak menjawab soalan-soalan cepu emas cepu perak cepu gangsa diorang. Ada jer soalan yang menguji minda.

Yahooo! Seronok eh minggu depan cuti sekolah? Eh, mestilahhhh. Ibu tanya ibu jawab sendiri. Kah kah.


Sebab?

Ye lah. Sejak budak mula sekolah ni buntu tau sebab kena bangun awal tiap hari sampai terdemam-demam. Kena sedia breakfast, bekal rehat dan bekal untuk kelas tambahan Kakak. Sekali jer saya baru tapau dan hantar ke sekolah. Selebihnya memang prepare 2 bekal untuk kakak, satu untuk rehat satu untuk lunch. Sampai satu tahap dah tak tau nak bekal apa saya goreng jer ikan bilis, bekal nasik putih dengan ikan bilis goreng dan telur dadar je lah kakak. Nasib baiklah dia ok jer makan lauk macam tu. Hihihi.


Selalunya hari Jumaat macam ni memang saya akan peng terus, tido awal sebab qada tido sepanjang minggu. Hahaha! Over kan? Macam ko sorang je ada anak, macam ko sorang je letih. Orang lain lebih dari letih kan? Overrrrrr lah kau Kakmim! Wakakaka!


Tak sabar pulak nak cuti mid sem #budakkaran. Nasib baik 2 minggu ni PdPT. Ramai #budakkaran kena PKPD so online class je lah penyelesaiannya walaupun takdelah selesai sangat pun proses PdP nya. Nak kena F2F dan hands on jugak baru puas hati.


Ehem. Saja je la nak share gambar kelas hari ni. Sesi bergambar ni wajib sebelum kelas bersurai. Sebelum kelas tamat kenalah ambik atendan sekali lagi, bukti kan? Then semuua wajib on camera barulah group photo. 




Minggu depan harapnya dapat kelas bersemuka pulak. Kelas online ni ada yang bestnya tapi banyak jugak yang tak bestnya. Tak sabar nak hands on minggu depan. Baru tau sapa yang pro sapa yang noob. Haha!

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Cucu wak pun dah balik kampung hari ini
    Katanya sekolah dah cuti.

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti. Moga dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang.
    Memang tak sabar rasanya untuk pdp bersemuka selepas cuti...yeaaayyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spend time ms weekend je kak amie.. nk cuti mmg x dpt sbb keja bykkkk kt opis sana tp rilek sikit lah x perlu keluar tgh hari ambik anak dr sekolah.. hihi

      Delete
  3. Bukan Kak Mim je, saya pun seronok bila bebudak ini cuti sekolah..
    Weekands je memang qada tidur.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. Best cuti sekolah, ambik masa kitak berehat KakMim. Hehe. Semoga sihat sentiasa ya. Amiin.

    ReplyDelete
  5. Alan, soalan apa ni? kalau atie , mmg mati kutu nak jawab bg budak2 paham

    ReplyDelete
  6. Dapatlah cuti rehat seketika fikirkan persekolahan anak anak, kan. Belajar secara bersemuka tu paling dirindui. Dah boring agaknya belajar online. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn

    ReplyDelete
  7. Anak saya yang sulung tingkatan 1, belum sempat masuk sekolah lagi pasal PKPB. Harap² dia cepat menyesuaikan diri dengan sekolah baharu nanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form