Daging Perap Haiyana Keenakkannya Asli Bumi Kenyalang

Ini bukan daging harimau menangis ya.
Ini daging perap Haiyana.
Produk local.
Maksud local di sini, produk orang Sarawak.
Mungkin daging harimau menangis menjadi inspirasi Haiyana.
Tetapi ianya diolah semula mengikut resepi orang tempatan.
Di mana perapannya banyak menggunakan produk Sarawak.
Seperti gula apong & lada hitam.
Malahan sambalnya juga memang sambal cili Sarawakian.

A legendary taste of Bumi Kenyalang.
1 peket bersamaan 350g daging yang telah diperap.
Saya percaya peminat black pepper Sarawak tentu akan suka rasa perapan yang sangat terasa black peppernya.


Cara memasaknya pun mudah.
 Hanya goreng semula di atas frying pan tanpa minyak.
Tak perlu lama sebab daging ini sememangnya lembut.
Langsung tak liat bila dimakan.

Dan.
Dalam peket juga disertakan sambal cili ngesit.
'Ngesit' dalam bahasa Sarawak semacam menyengat gitu.
Memang pedas menyengat sambal ni.
Rasanya pedas, manis dan masam-masam cuka sikit.

Siap untuk dimakan dah.
 Enak kalau diulam dengan daun salad. 
Makan pula dengan nasi putih panas-panas.
Syukur alhamdulillah. 
Memang terasa kepuasanya.

Ehem.
Mungkin ada yang ingin mencuba, boleh cari di Shopee ya.
Klik saja: 

Oh, ini bukan review berbayar.


 

30 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Replies
    1. Aah kak.. sesuai sgt bila dh kena masuk ofis mcm skrg.. x perlulah nk renyah2 masak balik keja.. hihi

      Delete
  2. yg ini nampak menarik laaa...
    k ret da try daging hari mau mamasab, kurang sket kat tekak sebab sos perap dia rasa manis..

    ok bole try cr kat shoppe la ni...cili ngesit tu nmpk memukau hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try & komen nnt kak ret.. ok x rasanya kena ke x kt tekak kak ret.. hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Insya allah.. menarik dipandang juga dimakan 😊

      Delete
  4. Wah nampak sedap lah. Boleh cuba juga ni.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni dah macam2 mana daging perap . Kelainannya dari segi bahan perapan dan juga sos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. nk jd usahawan kena bijak merebut peluang ikut kreativiti kita.. yg trending tu boleh ikut tp ikut cara kita kn?

      Delete
  6. sedapnya nama haiyana tu. Orang sarawak memang suka black pepper kan, pengeluar lada hitam dekat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mcm trademark sarawak.. sbb hasil eksport sarawak.. hehehe

      Delete
  7. Sedapnya...saya suka daging masak apa pun..
    Gula apong tu suka rasa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gulapong sedap utk cicah ubi rebus kak.. hehehe

      Delete
  8. uiishhhh nampak sdap betul. lagendary of bumi kenyalang. jauh betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdelah jauh.. di shopee ada je 😂😂😂

      Delete
  9. Sedapnya nampak kakmim. Okay nanti boleh beli di shopee.nak rasa jugak rasa sarawak

    ReplyDelete
  10. sedapnya kakmim. thanks promote. nak cari di shopee lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. support produk org kita je.. semoga menepati citarasa sal

      Delete
  11. Terus Sha letak dalam shopping cart.. hehehe.. Ada rezeki nanti bolehlah cuba.. Menarik pula bila tengok hasilnya selepas dimasak..

    ReplyDelete
  12. Sedap tu dapat makan daging lembut dengan sos pedas style Sarawak. Yang daging harimau menangis tu pun tak pernah cuba lagi. Okay baik, nanti nak terjah shopee. Tq share kakmim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tkr selera ke borneo pulak fiza.. hehehe

      Delete
  13. Sedapnya daging tu. Dah lama juga tak makan daging ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga kesihatan ke ni lama x mkn daging? Hehe

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form