Tips Bagi Yang Pertama Kali Ke Kidzania

Last week semasa bercuti di KL, Kakmim sempat bawak #theIMANs ke Kidzania. Lama dah Kakmim & suami berhajat nak bawak diorang ke sana tapi memandangkan masih ada yang tak cukup umur so kitorang delay je dulu. Alhamdulillah tahun ni si bongsu dah 4 tahun so dah boleh 'keja' di semua tempat di Kidzania so kitorang decide nak pegi. So bila dah confirm flight ke KL terus Encik Suami usha tiket online. Mencabar sebenarnya nak pegi ke sana tau. Nak tau apa yang mencabarnya, kenalah baca sampai habis!! 😀

Untuk mengelakkan dugaan dan cabaran yang memanjang di Kidzania, jom baca tips Kakmim k. Ni antara pengalaman Kakmim yang diharungi semasa di Kidzania yang Kakmim rumuskan untuk memudahkan 1st timer yang nak ke Kidzania. Hehehe.


1. Beli tiket awal secara online

Yup!! Nak masuk kenalah ada tiket kan? So tiket masuk ni memang ada jer jual di Wonderfly, Travelog, Klook, Tripcarte.Asia atau mana-mana yang korang sendiri mesti lebih arif kan. Nak beli direct dari website Kidzania pun boleh je. Ratenya macam kat bawah ni haa.. 

Kalau beli online direct dari website Kidzania kami sekeluarga kena RM432. Tapi kami 6 beranak total semua RM320. Encik Suami ambik 2 set promo (1 adult + 1 kid) dan add on lagi 2 kids dari Travelog. Bila dah beli, print je e-ticket tu nanti bawak ke kaunter. See? Pandai²lah riki harga kalo nak murah. Siapa yang tak nak benda murah kan?

Bila dah ada tiket tu kena tengok betul² masa Q sebab kaunter online ticket dan walk ini tak sama so kita Q ikut kategori tiket kita lah kat kaunter yang ala² kaunter check in di airport tu. Nak beli walk in boleh jer tapi kalo timing tak cun dan orang ramai pulak Q memang rugilah waiting game kat situ jer padahal kat dalam banyak lagi waiting game dan masa pun limited.



Bila dah dapat wristband untuk masuk ke negara Kidzania, budak² pun akan dapat sejumlah duit Kidzania. Lupa pulak nak ambik gambar duit Kidzania. Hehehe.


2. Beli terus pakej gambar di kaunter check in

Semasa di kaunter check in, diorang ada jual pakej gambar tau! Pakej termurah RM50 untuk 3 keping gambar. Nanti diorang akan bagi resit untuk kita claim gambar kita di kedai Canon kat dalam sana. Official Photographer (OP) Kidzania pula memang ada di mana-mana kat dalam nanti untuk tangkap gambar. Tapi ada jugak tempat yang diorang tak cover tapi kita boleh jer panggil diorang untuk tolong tangkapkan gambar anak kita. Nanti sebelum check out, kita claim resit tadi dan boleh pilih gambar mana-mana yang kita suka. Dekat situ pun ada jugak pakej gambar yang lain. Tapi agak mahallah berbanding di kaunter check in. Sebenarnya kalau anak-anak ramai memang tak cukup beli 1 set pakej yang RM50 tu. Better beli lebih sebab nanti rambang mata nak pilih gambar anak-anak dengan pakaian uniform & aktiviti diorang. Nak beli kat kedai Canon tu pun boleh tapi 1 keping gambar RM33. So, better ambik pakej yang RM50 untuk 3 keping kan???? Nak yang murah ke tak? 😁

Ni gambar yang OP ambik. Kita memang tak dapat nak ambik sendiri gambar perfect macam ni sebab orang ramai. Ambik dari jauh atau candid boleh la. Lepas tu kita boleh download softcopy gambar yang kita telah kita pilih.



3. Check in di Kidzania seawal yang boleh

Haa… kenapa seawal yang boleh? Korang study operating hours Kidzania kat bawah ni:


Bagi yang pergi weekdays or hari Ahad, masa agak limited sebab kol 5 dah tutup!! Kami hari tu pegi hari Sabtu, memang balik on time lah. Sampai dah padam lampu² kat dalam tu baru check out. Puas hati. Kenapa limited time? Ok kita pergi ke tips seterusnya nanti.


4. Jangan bawa makanan kat dalam!!

Ok, bila korang dah check in tiket, korang akan ke boarding hall pulak. So kat sini ada security yang akan check beg yang kita bawak dan MAKANAN tak boleh bawak masuk tau!! Tapi Kakmim ari tu bawak jajan (keropok) masuk beg anak. Ye lah budak kalau main mesti lapar. Tengok jer ada keropok terus security tu slowkan suara. "Makanan tak boleh bawak masuk ye Puan. Nanti jangan makan kat dalam tau". Nasib baik la uols. Mungkin dia dengar kitorang cakap loghat Serawak, oh ni mesti 1st timer nih. Kah kah kah. Tapi memang tak sempat pun nak makan keropok-mopok tu. Q hiring time tu memang meletihkan. Budak letih, mak pak pun letih. Inilah waiting game yang sebenar. Nasib baik ada bawak KitKat jugak so sesambil Q tunggu hiring time tu sumbat dulu #theIMANs dengan KitKat. Boleh jugak beli set burger or set nugget kat dalam tu untuk alas perut. Kang takde energy pulak anak² masa 'keja' kan? Hehehe.

Tapi jangan risau, memang banyak cafe kat dalam. Fastfood ada, makanan jepun ada, makanan local ada, popcorn ada, janji RM untuk makan tu kena stand by jugak 😁 Kalau nak bawak makanan kecik-kecik macam coklat ke boleh jer, cuma pandai-pandai jer lah sembunyi dalm handbag tu. Tapi, air boleh bawak. Makanan jer tak boleh.

Ni kami makan set nasi kat café. Yang set Happy Meal tu mereka dapat masa kerja kat McD.



5. Study 'hiring time' & 'job time slot' serta plan strategi awal!

Bila dah check in di negara Kidzania, korang akan blur bila 1st time di sana. Taktau mana nak pergi dan buat apa dulu. Jangan risau... korang pergi je ke Information Centre nanti staff diorang akan explain apa yang korang perlu buat. Nanti staff tu jugak akan explain pasal hiring time dan job time slot macam kat bawah ni.


So sebelum ke sana, discuss dulu dengan anak² diorang nak 'keja' apa dulu. Selalunya orang akan utamakan 5 job kat atas ni dulu. Bomba, Polis, Pilot, pekerja McD dan kerja kilang Vitagen. Job-job lain boleh jer walk in bila² masa cuma 5 job kat atas ni jer yang kena dapatkan sticker/pass untuk dapat keja kat sana. So contohnya, kalau anak nak keja kat kilang Vitagen, kenalah stand by kat depan tu pada pukul 9.50 am atau 12 pm, atau 2.10 pm dan last hiring time 4.50 pm. masa tu staff kat situ nanti akan bagi sticker untuk kita dapat tau kita dapat slot jam berapa. Kalau slot masih lambat lagi, bolehlah Q ke hiring time yang lain pulak atau walk in jer kat mana-mana yang available. Tak boleh rilek-rilek kat sini, rugi nanti.

Masa Q nak dapatkan sticker ni, parents tak boleh Q. Budak² sendiri yang kena Q. Haa… waiting game lagi. Belum lagi karenah budak lapar, budak dahaga. Mak pak memang penat sama walaupun tak 'bekerja'.

Waiting game semasa energy masih full.

Waiting game semasa energy bar dah semakin low. Siap ada sesi pujuk-memujuk bapak & anak lagi 😂


Satu lagi, kat tempat ni ada yang kena bayar untuk keja, ada pulak yang lepas keja dapat gaji. Macam McD kena bayar kalau nak keja tapi lepas habis keja dapat set Happy Meal termasuk Mc Chicken yang diorang buat sendiri tu. Seronok la budak².

Budak muka bangga baru lepas keja kat McD padahal akak dia yang tolong dia. Hehehe.

Ini contoh nak tengok tempat kerja tu ada bagi gaji ke tak. Tengok kat bahagian Economy tu, kalau ada +ve sign kat depan yang tu dapat gaji, kalo -ve sign kena bayar. Haa… bayar guna duit Kidzania yang diorang bagi masa kat kaunter check in tu tadi ye.


6. Bank in duit gaji sekiranya ada plan nak buat come back ke situ

Bila anak-anak 'bekerja' di situ, ada tempat yang mereka akan dapat gaji kan. So duit gaji tu sebenarnya kita boleh simpan di 'bank' in case ada rezeki nak repeat balik pecutian di negara Kidzania tu. Tapi nak simpan duit tu, anak-anak kena bukak akaun bank dulu. Nanti diorang akan dapat kad ATM. Pastu nak withdraw duit macam biasa withdraw je kat ATM situ jugak. Untuk urusan bank pun mereka sendiri kena uruskan. Parents are not allowed. Hahaha. Nasiblah si kakak dan si abang boleh bantu uruskan urusan akaun bank adik-adik. Staff di bank tu akan suruh diorang tuliskan nama dan tarikh lahir je. Selebihnya dia akan uruskan dan dapatlah kad ATM. 

Tengah Q untuk urusan di 'bank'

Semua diorang kena belajar uruskan sendiri

Si abang tolong uruskan akaun bank si adik

Macam ni lah rupanya kad ATM bank di KidZania

Bagi yang selalu travel ke oversea, Kidzania ni ada di seluruh dunia tau!! Dan duitnya valid di semua bank Kidzania. Kalau duit dah banyak di bank, anak-anak bolehlah redeem duit ni di 'shopping mall' di sini. Tapi setiap item tu ada points tersendiri. Kalau baru sekali pergi memang tak dapatlah nak redeem apa-apa kat situ.

Tips untuk nak double triplekan duit di Kidzania tu, anak-anak kena buat passport Kidzania so kalua ada passport gaji diorang akan besar daripada yang takde passport. Passport tu boleh buat semasa kaunter check in tiket nak masuk tu.

Mereka dengan sebahagian duit gaji masing-masing.


Bila tanya #theIMANs kerja yang paling best bagi diorang ialah jadi ahli bomba dan pilot. Jadi pilot diorang bawak 'belon' (aeroplane) sendiri, bila jadi bomba masuk dalam kereta bomba dengan siap siren pastu berlari pulak padamkan 'kebakaran'. Memang best lah diorang kata. Nanti si #anakno3 kata nak pegi Kidzania lagi sebab dia tak sempat nak keja hantar barang (Gdex). Hahaha. Si #anakno4 nak pegi Kidzania lagi sebab dia nak keja dapat gaji. Hahahaha.

Pekerjaan yang Iman, Irfan, Imran & Idlan paling suka di Kidzania.


Rasanya lah 6 tips ni jer yang Kakmim boleh share berdasarkan experience Kakmim sendiri bawak anak-anak ke Kidzania. Penat tau tapi puas hati sebab anak-anak seronok dapat peluang untuk bekerja dan dapat 'gaji' sendiri. Yang buat penat tu sebab terkejar ke sana ke sini mengejar hiring time, belom lagi slot tu penuh & ramai. Terkejar-kejar nak ambik video & gambar masa anak-anak buat aktiviti lagi. At least adalah video untuk diorang tengok balik. Semoga tips-tips ni bolehlah sedikit sebanyak membantu memudahkan kawan-kawan yang sedang merancang itenary untuk membawa anak-anak bercuti. 

Daaaa ~


2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. waaahhhh bestnya anak2 kakmin bermain sambil belajar. teringin nak bawa dak Sofia, tapi dia macam takut2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dah primary sch confident sikit diorg..kalo masih tadika mmg susah nk lepaskan kecuali ada dia ada geng, xde la sorg² dgn stranger.. Hehehe

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form