2 Ogos 2019

Yuhuuuu!!! Lama kan iols menyepi… baru balik bercuti dari tanah Melaya ni. Hehehe.

Al kisahnya cuti Encik Suami dah tak banyak so kena la bajet² cuti. Lepas tu pulak giliran cuti raya haji dia kena pulak sebelum raya, sebab masa raya puasa hari tu dia dah cuti panjang lepas raya. Begitulah gamaknya. Kenalah tolak ansur bila kat department ko memang majoriti sambut hari raya kan? Tambah² lagi kalo kat Semenanjung memang raya haji yang pantai timur memang wajib celebrate di kampung. Untuk Sarawakian macam iols pulak, raya haji setakat solat hari raya, ibadah korban dan pergi ke umah orang tua je. Takdelah nak ke umah sapa². 

So tahun ni kami plan lagi jalan² raya haji kat Melaya macam last year. Lagipun tengah cuti sekolah jugak. Dan ni tahun ke-2 nampaknya kami beraya haji di perantauan. Hihihi. Tapi sebenarnya tak beraya pun.

2 Ogos hari tu hari lahir saya dan si bongsu, Idlan Muhaimin. Memandangkan Ayah tak balik Kuching so kami decide celebrate belated duo birthday kami di KL aje. Tapi di sekolah macam biasalah kena celebrate jugak.

So.…. ini sebenarnya merangkap jugak lah late post belated birthday!!! Yeehaaaaa!!! Kita simpan gambar sini untuk tatapan di suati hari nanti k.

Happy belated birthday to me & to my bongsu (so far). Hihihi. Alhamdulillah tahun ni tahun ke-4 kami sambut birthday bersama. That's mean my bongsu dah 4 tahun dan si ibunya pulak 38 tahun!!! Wow!! Hebatnya kamu Kakmim. Umur dah nak mencecah 40! Kah kah kah. Begitulah ye, manade orang tahun bertambah umur jadi berkurang. 

Kami celebrate kat fast food jer. Ikut taste anak². Belum sampai KL lagi dah request nak makanTexas Chicken. Kita layankan ajer. Kek pun beli di Aeon kat Mid Valley tu je. Walaupun comel tapi rasanya sedappppppppp sangat. Puas hati lah.


Ini haaa kek yang comel itu. Chocolate cake + cheese cake yang sedapppppp giler. Packaging pun lawaaaaaa sangat uols. Paperbag baby pink gitu. Harga pun mampu milik. Sedap pun sedap.


Paper bag ni memang customised untuk kotak kek tu. Iols ni memang observer sangat kalo bab² packaging ni. Suka lah!! So far takde lagi kat Kuching ni jumpa orang buat customised macam ni.


Last but not least, gambar birthday boy kita ni. Tahun ni memang takde blow candle bagai. Kat PASTI memang cikgu tak buat pun. Hari tu memang ada mintak candle, diorang bagi jugak 4 batang tapi lighternya pulak tak ado!! Hahaha. Takyahlah tiup² candle lah kan nak oi!!

Thanks Encik Suami, thanks Ayah.. belanja kami birthday trip ke Melaya tahun ni!!! 




Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form